Madu, Anugerah dari Allah SWT

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan yang telah menciptakan sekalian alam, tuhan yang telah menciptakan sejenis serangga bernama Lebah (An-Nahl). Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl (Ayat 68 hingga 69) :

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia (68). Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir (69)."

Allah SWT, tuhan yang telah menciptakan manusia, pastinya adalah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan mujarab bagi setiap penyakit. Dengan turunnya Kalam Allah seperti ayat di atas, Allah memerintahkan sejenis serangga bernama Lebah (An-Nahl) untuk menghasilkan madu. Sesungguhnya dengan terang, jelas dan nyata dinyatakan, "Mengandungi Penawar Bagi Manusia (Dari berbagai-bagai penyakit)". Dengan izin-Nya, pelbagai penyakit manusia dapat diubat dengan cara rawatan madu.


Lebah Kelulut 
Antara khasiat amalan meminum Madu antaranya ialah :
  • Mengawal Paras Gula Dalam Darah
  • Merawat Masalah Pernafasan
  • Mengubati Radang Sendi (Arthritis)
  • Merawat Jangkitan dan Radang Hati
  • Mengubati Jangkitan Pundi kencing
  • Menyembuhkan Ulser
  • Menjaga Kesihatan Mata
  • Mengatasi Sakit Gigi
  • Mencegah Pembuluh Darah Tersumbat
  • Merawat Gout
  • Mengubati Selesema
  • Menyembuhkan Batuk
  • Mengubati Sakit Perut
  • Mengatasi Diarea (Cirit-birit)
  • Menguatkan Jantung
  • Melancarkan Peredaran Darah
  • Membersihkan Darah
  • Mengawal Tekanan Darah
  • Mengatasi Radang Gusi atau Mulut
  • Mengubati Radang Larinks (Kerongkong)
  • Mengatasi Demam
  • Mengatasi Masalah Sukar Tidur (Insomnia)
  • Mengatasi Masalah Jangkitan Kulit
  • Membantu Mengawal Berat Badan
  • Mencegah Ketumbuhan Dalam Badan
  • Menyembuhkan Reumatisme
  • Menghilangkan Bau Mulut (Halitosis)
  • Menjaga Kekebalan Tubuh
  • Meningkatkan Selera Makan
  • Melancarkan Masa Menstruasi (Haid)
  • Mengatasi Keletihan
  • Meningkatkan Kesuburan Badan
  • Meningkatkan Kekuatan Badan Melawan Penyakit
  • Meningkatkan Pengeluaran Air Susu Ibu
  • Penyegar Stamina
  • Mengatasi Rambut Gugur
  • Meningkatkan Tenaga
  • Memudahkan Proses Kelahiran
  • Menyihatkan Anak Dalam Kandungan
  • Menyembuhkan Luka Dalam Perut/Rahim
  • Menganjalkan Kulit Wajah dan Mengurangkan Kedut
  • Menghaluskan Kulit
  • Menjadikan Kulit Berseri-seri
  • Mencegah Penuaan
  • Menjadikan Rambut Sihat dan Berkilau
  • Menghilangkan Jerawat

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Baginda SAW bersabda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua."  (HR Abu Dawud)
Rasulullah SAW juga pernah berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Quran. Baginda SAW bersabda : "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan Al-Quran."  (HR Ibnu Majah)