Kami menyarankan 2 cara pengambilan madu kelulut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik:
Pertama:
Campurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air sejuk (iaitu air yang disimpan di dalam suatu bekas pada suhu bilik/persekitaran) pada kadar lebih kurang 100ml -150ml. Kacau sehingga larut sepenuhnya dan diminum. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh badan dan darah. InsyaAllah.
Kedua:
Sediakan satu sudu besar madu kelulut dan di minum terus tanpa mencampurkannya dengan bahan lain. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan saluran pemakanan dan rongga pernafasan seperti batuk, selesema, sakit tekak, asma, resdung, bronkitis, sakit telinga dan sebagainya. InsyaAllah.
Sebagai menepati sunnah Rasullullah SAW, hendaklah kita mengambilnya dengan sekurang-kurangnya membaca Bismillah, Berselawat dan Berdoa kepada Allah SWT sebelum meminumnya dengan penuh tertib dalam posisi duduk.
Untuk menambahkan lagi keberkesanannya, terdapat juga petua mencampurkan madu kelulut dengan bahan lain seperti jus kurma, jus limau, minyak habbatussauda, minyak zaitun dan sebagainya. Sesuaikan cara pengambilan yang disyorkan di atas mengikut kesesuaian dan keserasian tubuh badan sendiri. Antara caranya ialah pengambilan secara berselang seli pada setiap hari, iaitu mencampurkan madu kelulut dengan air pada sebelah pagi dan diulang secara minum terus pada sebelah malam, atau sebaliknya.
Gunakan gelas dan sudu plastik, kaca, kayu atau pun seramik tetapi elakkan penggunaan gelas dan sudu yang dibuat dari bahan beasaskan besi, dikhuatiri boleh mengurangkan khasiat madu.
Wallahua’lam.
Gunakan gelas dan sudu plastik, kaca, kayu atau pun seramik tetapi elakkan penggunaan gelas dan sudu yang dibuat dari bahan beasaskan besi, dikhuatiri boleh mengurangkan khasiat madu.
murah sangat bos..RM50.00...saya ada stock log hitama..bos kalau nak boleh pm saya 0167618446.harga boleh runding..log cantik
ReplyDelete